Feeds RSS

Wednesday, June 24, 2009

Hari yang "free"

Today:

OOOOOOO......tak busy

Hari nie g lab, rilek jer tak de ape2 dr pagi sbb keje sume dh siap. Cume baru tadi sensei call, kata figure untuk letak kt proceeding tue O.K..tp content belum check lg. Maklumlah...sibuk. Hari banyak bersembang kosong terutama pasal Germany. Siap Pramila (salah seorang Saka's angel kat lab nie, tp skrng dh tk mcm angel dah..hehehehe jgn marah) kasi duit untuk beli omiyage (hadiah) dr sana. Kojek plak nak tukar hadiah tak jd But Nazi. Nak t-shirt.....okey lah.aku cube yerrrrr....

aaaaahhhh..boring nyer...itu yang update blog nie. Siap updade background lagi wlupun tak pernah cube. Ingat nak balik cepat le hr nie. Itu pun klu sensei tak kasi kerje. Kang tibe2 je dier muncul disuruhnye edit proceeding dgn poster, tak dpt gak balik cepat.

Tibe2 teringt plak psl bangumi (program) tv mlm smlm. Kisah tentang lelaki mude kawin dgn pompuan tua (a.k.a makcik atau obachan). Skrng lelaki tue dh umur 25 pompuan tu (isteri dier umur 41)..Yang bestnyer ms lelaki tu nak melamar pompuan tue.

Kisah nyer bermula apabila pompuan tu bercerai dgn suaminyer. Dier pun kuar dari rumah bersama2 dgn 3 orng anaknyer yg masih kecik. Dan dia pun menyewa lah rumah. Pastu dier try mcm "match making" (lebih kurang mcm tue ler) menggunakan internet dan seterusnyer melalui e-mail. Lepas tue, dalam beberapa hari, dier dapat lah email dr seseorng. Semenjak dr hari tue, dirong pun saling berhubung melalui email. Satu hari tue, si lelaki nie nak jumpa dgn pompuan nie. So, si pompuan nie pun rasa mcm tak percaya, nervous lah katakan. Maklumlah umur dah lanjut. Jadi dia pun cube lah cr bj yang sesuai untuk date first time.

Bile hari yang dijanjikan tiba, pompuan tue pun tunggu lah kt tempat yg nak jumpa. Dalam ms yg sama dia pun berfikir "mcm mn lah agaknyer rupe lelaki tue kan". Tibe2 dr belakang ade seorng lelaki tegur nama dier. Dier terkejut sebab lelaki tue mude sngt. Dirong pun bersembang dan bertanya pasal umur. Pompuan tue terkejut sbb umur lelaki tue br 16 tahun. Dan dlm ms bersembang tue, tibe2 lelaki tue ade hal dan terus je balik. Lepas tue pompuan tue fikir.."mesti lelaki ni dah tak nak email atau jumpa dier lg". Tibe2 esoknyer pompuan tue dapat email dr lelaki tue yang mengatakan yang dier gembira berjumpa dgn pompuan tue dan klu boleh dier nak jumpa lg di lain hari. So, dh beberapa kali diorng berjumpa tue, terfiki la pulak pompuan tentang statusnya yang janda beranak 3. So, satu hari tue, pompuan tue pun email ler kt lelaki tue untuk berterus terang tentang status dier yang dah mempunyai 3 orng anak. Kemudian, lelaki tu reply mengatakan..dier mcm kecewa sbb pompuan tu ade anak "TaPi"....dier tak kisah dan klu boleh dia nak jumpa pompuan tue dgn anak2 pompuan tue. Sejak hr tue, dorng pun bnyk ler kali kuar date smpi ler elaki tue berumur 17 tahun. Lelaki tue ckp dier nak kawin dgn pompuan tue. Pompuan tue terkejut!!!!!!!!!....lelaki tue ckp dier akan baito (part time), keje untuk menyara hidup pompuan tue dan anak2nya. Bile lelaki tue kasi tau kat emak dier, emak dier pun marah2 la kan sbb msih mude lg, belajar. Tapi lelaki tue tetap dgn keputusan dier.
adeler ditunjukkan skali dlm program tue gmbr dier buat keje dan gmbr ms date. akhirnyer lelaki tue kawin dan dapat beli rumah untuk diorng tinggal.

So, tamat lah cite nie.hehehehe.......itu jer cite sbb tgh boring.Banyak cite2 best kat Jepun nie klu nk berbanding dgn Msia. Sbb Jepun nie pandi menjadikan sesuatu bende yg biasa menjadi menarik. Choooowwwww......


Kojek and Pramila (Gambar masa spring)

Tuesday, June 23, 2009

Yooshhh..ooohhh Hamburg (*_*)

Today:

up,up awaaaaaaayyy.....


Yosshhh..akhirnya siap juge keje2 buat abstrak utk Enerugi gakkai (Energy Conference), dah submit paper, dah siap proceeding ngan poster (tapi belum check lg oelh sensei)..tp takpe..dapa juga masa untuk berehat.Iisssshhhh..tak sabarnye nak g Hamburg nie. mcm mn le rupe Hamburg nie yer,,hehehehe (tengah imagine)..walapun pergi untuk conference, tp nak enjoy gak..Tp sebelum pergi nie banyak ler lab2 mate nie nak kirim. Bukan setakat lab mate...Mak orang yang bukan ahli lab mate kitorang pun nak kirim gak. Kira keje aku nie bukan untuk g conference tapi untuk beli barang. Dah macam rider (delivery) nak anta pizza hut atau McD. Klu setakat nak keychain ker okey ga..nie ade plak kirim jam yang ade burung, But (kasut) Nazi dalam ade wine, "Hot dog" (bukan ker kt sini pun ade hehehe...nak hotdog besar kot)..dan mcm2 lagi lah..aku cube ler ape yang termampu k.

Semalam dah dapat tiket untuk g Germany..bertolak jam 10.20pg. Tapi kat airport kene ade dlm jam 8.30pg..Wahhh..mencanak macam nie nak bangun pagi..sebab shuttle bus datang jam 6.00 ke rumah..Yooossshhh...

Tapi tak per...yang nie tak penting.cewah..yang penting aktiviti selepas balik dr Germany nie..memang tak sabar..Kojek!!!!!..yosshhh.mari kiet gambatte sama2..hehehehe..


*Gambar nie tiada kaitan tentang Germany..takkan ler g sana naik beskal kott..
gambar masa g party sempena kedatangan student baru ke Saka lab.


* Nie mungkin ade kaitan skit kot dgn Germany. Kelas memasak udon (mee)..persediaan sebelum g Germany. sbb kat sana susah nak dapat makanan Jepun.

Saturday, June 20, 2009

Permulaan utk update blog..

Today:

busy+panaaaaaaasssss...

Yoosshhh...dah tiba ms untuk mengh-update blog yang dh lama bersarang tak disentuh2 pun. Pengh-update-an blog ni sempena kebosanan aku yang selalu asyik sibuk melayan kenkyu (research), plan utk ke Hamburg+submit paper. Nasib baik laa hari Jumaat lepas dah submit paper untuk journal. Kalau tak memang mata merah jerrr (tipu)...tinggal lagi keje2 utk buat proceeding+poster sebelum pergi ker Doitsu(Germany)..Hoo..mmg tak sabar nak pergi 28/6 nie..
Besok pulak nak g Kyomizudera temankan kawan..Gile ap musim2 panas nie g jalan2. Tak pe la, kwn punye pasal terpaksa la aku temankan wlupun pns2 nie..(Berry jgn mrh yer, lain kali dtg musim bunga ke, luruh ke) hehehehe...

Yoshh..smpi sini dulu utk pertama kali mengh-update blog nie.
p/s tak dapat nak upload gambar sbb skrng gune notebook (8.9 inch) baru dan tak de gmbr..hehehehe...best gak..utk pengetahuan `Kojek`..blog nie di-update menggunakan wireless..hehehe(tipu, sbb wireless tak laju)..nasib baik percume bulan nie..Okey..tamat..aku nak g Konbini utk melawat awek nihonjin yang comel..Kojek jgn jeles.hehehe..

Saturday, February 07, 2009

Sekolah Terbilang: Terus unggul


Sekolah Agama Menengah Bestari USJ 5, Subang Jaya.

SAM Bestari lahir ramai pelajar cemerlang, berjaya masuk IPT dalam dan luar negara

KREATIVITI, kerjasama dan komitmen tinggi yang diamalkan semua pihak menjadi pemangkin Sekolah Agama Menengah Bestari (SAM Bestari) USJ 5, Subang Jaya, terus unggul di kalangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum.

Walaupun baru 11 tahun beroperasi SAM Bestari terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang yang kini telah dan sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang.


Guru Penolong Kanan Akademik sekolah itu, Sabariah Jaafar, berkata kecemerlangan dicapai membolehkan sekolahnya menerima Anugerah Kecemerlangan Lonjakan Saujana 2007 dan Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (2001 dan 2003) kerana tersenarai sebagai 25 sekolah terbaik dengan gred purata sekolah 2.1.

Katanya, pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah turut membanggakan kerana hampir semua pelajar sekolah itu mendapat 8A dan 9A, sekali gus kekal sebagai sekolah yang menggunakan sukatan pelajaran berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran dan al-Azhar.

“Lepasan SAM Bestari, mudah mendapat tempat di IPT di Timur Tengah dalam pelbagai bidang terutama kedoktoran dan kejuruteraan, selain Syariah dan Usuludin.

PELAJAR tekun mengikuti pelajaran di makmal yang serba lengkap.

“Dua pelajar kami terpilih mengikuti pengajian berkembar Kolej Taylor’s dengan universiti di Australia dalam bidang perubatan pada 2005.

“Selain itu, ada juga yang melanjutkan pengajian ke Jerman, Perancis, Korea dan Jepun dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Sejak mendaftar sebagai SABK dengan Kementerian Pelajaran pada 2006 sekolah berkenaan menerima pelbagai bantuan, sekali gus membantu meningkatkan usaha melahirkan modal insan gemilang.

Bantuan itu termasuk peruntukan kewangan, alat bantu mengajar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris termasuk projektor LCD, komputer riba, Perisian Kursus Pendidikan (CDRI) serta peralatan audio.

PELAJAR mengikuti kelas komputer bagi meningkatkan pengetahuan ICT.

Sabariah berkata, kemudahan itu meningkatkan komitmen guru dan pelajar, sekali gus melonjak pencapaian akademik sekolahnya.

Katanya, ia juga dapat memantapkan kaedah penyampaian guru dalam kelas termasuk dalam subjek agama terutama bahasa Arab serta Pendidikan al-Quran dan Sunnah.

“Sebelum ini, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kami tertumpu di makmal komputer yang dilengkapi 200 komputer.

“Dengan pembekalan projektor LCD, guru subjek lain boleh memanfaatkannya perisian CDRI dan program yang mereka bangunkan sendiri mengikut kesesuaian subjek,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas pencapaian kokurikulum, Sabariah berkata, kegiatan Amal Islami yang merangkumi nasyid, khat, bahas, syarahan, tahfiz al-Quran, pengurusan jenazah dan kuiz adalah kekuatan sekolah itu.

“Sejak 2000, sekolah kami kekal johan keseluruhan pertandingan Amal Islami Antara Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor dan kini mula menonjol dalam pertandingan Tilawah al-Quran,” katanya.

SAM Bestari kini mempunyai 800 pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima serta 60 guru menawarkan kurikulum Kementerian Pelajaran dan JAIS.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Pendidikan/20090204083539/Article/index_html

Friday, February 06, 2009

GCOE Symposium

Yahhh...mari mengisi masa yang terluang nie dgn menaip blog..Dah penat dah bc novel dan menaip pasal 99, nie plak pasal Symposium kat Kyoto University. First time g symposium kat sini..Tp lepas nie bnyk lg conference nk kene pegi, kt dalam Jepun dan luar Jepun nie. GCOE symposium (28-29 Jan)bertemakan CO2 zero emission..Sebelum symposium nie, kena buat poster untuk group dan individual. Memang memenatkan..Nasib baik sensei baik, dier tolong review untuk poster presentation (individual). Untuk group memang dah kaw-kaw okey sebab ada kerjasama yang baik setiap orang dalam kumpulan nie. Untuk gambar tak dapat nak letak sekarang sebab saya guna komputer orang lain untuk taip kat sini. Nanti akan ku letak di sini. Chow.

99 bertukar ke Lawson store ¥100

Ippsss...dah lama tak update..nie pun sebab boring tengah tunggu extraction wood gune soxhlet. sekarang jam 3.15 pagi. Masih lagi kat lab.Tapi lab yang satu lagi jauh dari lab yang selalu aku duduk dan buat ekperiment. Lab nie dipanggil NeoScience. Terpaksa ler tunggu sampai pagi. Sebab jam 4 pagi nak tukar species wood yang lain..running setiap 8 jam. Hari masa datang sini selepas balik sekejap untuk makan malam, terasa nak g 99 (panggil KyuKyu bermaksud 99 dalam bahasa Jepun). Bile sampai2 jeerrr..aikss...pesal macam lain jer kedai konbini nie..Turun dari basikal dan nak masuk ke konbini store nie, tibe2 ade pakcik tu cakap..Yasumi (cuti) hari ni. Terkejut gak sebab bile tengok papan tanda kedai dah tukar `Lawson Store 100`..Aikss...sejak bile pulak tukar nie..So, cube le g kedai 99 lain yang bedekatan..Aipss..sama gak.Dah tak 99 dah..Alamak dah tak best le macam nie. sebab bile dah tukar nama baru konbini ie dah tak best nak sebut. Takkan nak sebut Lawson, sebab memang konbini dah ada..ataupun ¥100 (Hyakuyen)..dah ada juga nama kedai nie..Emm..kenapaler bertukar nie...Nie kena siasat nie.

Wednesday, January 14, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

*Petikan artikel ini diambil daripada Utusan Malaysia 2008.01.14

Saturday, January 03, 2009

i've been tagged

Today:

nerd

Saya telah di tag oleh cik Fathen, time kaseh cik Fathen :). Ini pun sy copy lepas tu edit dr blog dier. Jgn marah..nanti ke na jual.

a) 5 Fakta tentang aku
- Gemini...pikir le sendiri

- Suke duk rum
ah dr berjalan2 tak tentu pasal
- F
anatik main bola & futsal tp tk suke sangat tengok perlwnan bola..lagi2 EPL.
- Shopping...shopping..shopping....hmmmmm..parah nie..
-
Suke pakai baju melayu..hahaha...pelik.

b) 5 Perkara menakutkan aku di dunia
- Dulu ms sekol
ah sy takut le budak2 jahat nie.huhuhhu.cewah..mcm baik jer.padahal sm jht gak.
- Perempuan...
- Dulu ms kecik2 p
aling takut kt bapa sy ler...tp skrng dh cool dah.
-
accident...sbb dah pernah accident..so, phobia skit nak bwk kenderaan laju2. tu le merempit lg...skrng naik basikal jer..
- Untuk mel
alui liku2 hidup kat sini..

c) 5 lagu buat masa sekarang
- Janne da arc ipod
- Yui ipod & blog
- Goodbye bridge bookm
ark youtube
- Foolish love bookmark youtube
- M.O.V.E dr dulu lg dgr lg2 dr group nie semenjk tgk Initi
alD, playlist youtube.

d) 5 perkara yang selalu disebut
- ぷっ (Pu!)
- Sibuk skit...
- O.K.....
- Shopping
- Kenkyu (Rese
arch)

e) 5 perkara yang amat bernilai
- Sy punye rese
arch nie ler..nak publish paper bnyk2
- Pasport dan Visa..buat ms skrng nie.
- Bu
at ms skrng nie..emmm..Heater...sbb sejuUUuuuuUUUukkk.
- Buku2 yang ade kt rumah (Msia)..dh mcm perpustakaan mini dah.
- Kelu
arga....

f) 5 Pertama kali dalam hidupku
- pertame kali
dpt hadiah untuk periksa darjah 5..itupun no.5..sbb hadiah smpi no.6.hampeh
- pertame kali duk asrama mase form 1.
- pertame kali gi oversea, gi J
apan..memang cite2 nak g sini semenjak form 3. ms nie juge mule2 gune hashi (chopstik), mkn sushi dan cakap bhs jepun..berterabur kau...
- pertame kali pki spec mata tingkatan 4.
- pertame kali rasa salji dan main snowboard mase winter last year.hehehehe...mule2 best ler..pastu rs mcm biase jer.

g) 5 orang yg aku nak tag!
- Cik F
athen suriati
- Si antu..mslhnyer dier tk de blog..
- Cik S
abahiah...emmm...ye jer..dh lm tk update
- Nanti saya cari...
- D
ah tak de kot....